Wednesday 10 February 2016

PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA

Alhamdulillah.Tak sangka dah jadi mak² dah aku. Lepas  beranak macam² soalan orang tanya.  Sakit tak beranak? Normal ke czer? Baby berapa kg? Baby girl ke boy? Pergh bertalu² kau ! Tapi tak pa aku faham.

 Kronologi !
♡ Bajet² je siap kronologi bagai. Tapi aku pendekkan la supaya tak boring. Haha

4 December 2015 (Jumaat)
» 4 Am
 Aku rasa sakit pinggang belakang ke depan,perut pon mengeras . Seram sejuk dah aku ni. Tambah pulak due aku 5 Desember , keesokkan hari . Aku ingat doktor pesan kalau sakit macam tu monitor berapa minit sekali. Tengok jam setiap 5 minit sakit tu sampai.  Tapi aku boleh tahan lagi. Cuma nak lelapkan mata sementara subuh tu memang tak boleh dah. Sampai ke subuh la aku asyik tengok jam kira contraction berapa minit. Memang tepat 5 minit sakit tu rasa.

»6 Am
Aku dengan husband bangun nak solat subuh. Husband pon lepas mandi dan solat siap² nak pergi kerja dah. Aku boleh buat diam tak bgtahu yang rasa sakit. Last² rasa kena jugak bgthu, dan husband cakap dia El la sebab rasa tak sedap hati. Husband ajak pergi hospital. Aku tak nak pergi takut sakit tu acah² je. Huhu . Tapi, rela dalam paksa pergi jugak lah.

»11.00 Am
Sampai hospital terus cerita dekat nurse bla bla bla bla.. Macam biasa la kalau ibu mengandung , tak seluk tak sah. Masa buat VE (vagina examination) tu, doktor cakap dah bukak 3cm. Alhamdulillah, aku dengan husband happy sangat². Tak lama lagi nak tengok anak kitorang. So, admit masuk wad dalam pukul 12 tengahari.

» 4.00 Pm
Sepanjang pukul 12 sampai 4 punya lah boring. Tak pulak rasa sakit nak beranak. Sakit tu still so so . Doktor masuk panggil suruh pergi dekat satu bilik tu untuk VE.Ramai mak buyung beratur nak tunggu check. Doktor india buat VE dekat aku dan dia senyum cakap dah 4cm. Boleh masuk labour room.

» 8.30 Pm
Baru dapat masuk labour room. Ramai betul orang yang nak beranak. Sampaikan nak masuk labour room pon kena que tau. Pergh sejuk tahap everest wei labour room tu. Bermula lah sesi pecahkan air ketuban. Pulppp terasa air panas laju je mengalir. Tapi tak sakit pon. Aku tanya doktor suami boleh masuk tak? Dapat green light dari doktor terus aku whatapp husband suruh masuk. Tengok² muka suami terus senyum. Alhamdulillah , tak la aku bertarung nyawa keseorangan.

» 10.00 Pm
Rupanya doktor akan datang sekejap² je nak tengok keadaan kita.Masa ni boleh lagi sembang, gelak dan melawak dengan husband sebab sakit contarction tu aku mampu tahan lagi. Doktor buat VE dah buka 6cm. Lama jugak nak buka tu. Alhamdulillah aku ok. Dalam hati biarlah baby keluar hari ni sebab hari Jumaat kan. Tak lama lepas tu doktor datang, dia cakap nak masukkan ubat induce. Aduhh ! Mula la aku rasa tak best. Harapan aku tak nak diinduce , tapi doktor cakap nak cepatkan bukaan. Redho ! Pasrah ! Sakit contaction makin kerap 4minit 4minit macam tu. Doktor datang offer ubat tahan sakit. Tapi aku tak mahu. Selagi boleh tahan aku memang tak nak ambil ubat tahan sakit.

» 12 Am ( 5 Desember 2015)
Nampaknya baby tak nak 4hb. Hehe tak pe la baby, nak duduk dalam perut ibu lagi ye. Enjoy your self. Huuu. Time tu contraction sangat² menggila macam kena rasuk hantu contraction tu menyerang aku. Aku dah tak boleh tahan sakit yang amat. Allah ja tau. Aku suruh doktor check dah berapa bukaan. Baru 8cm . 2cm to go. Aku tak sempat pon nak bernafas contraction dah serang. Akhirnya, doktor cucuk ubat tahan sakit dekat punggong. Husband cakap lepas cucuk ubat tahan sakit, dalam 1 minit sempat la aku lelapkan mata. Rest ! Kali ni contarction seminit seminit. Bayangkan..... Rasa nak tercabut pinggang aku. Dengan kaki terketar² sampaikan doktor selimutkan aku. Padahal sakit contraction tu yang buat aku gigil teruk.

Dah la aku tengah sakit, bilik sebelah pulak menjerit kuat meneran. YA ALLAH , aku takut gila dengar. Aku takut aku pon tak dapat meneran dengan baik. Sakit aku sampai aku genggam tangan husband aku kuat² sampai berkerut2² dahi dia.Sorry abg. :'( .

» 2 Am
Ya Allah yang maha pengampun. Time ni dalam hati macam nak je doktor czer. Sakit tu! Nak give up ja. Tapi cepat² istifar. Buat apa aku penat² tahan sakit ,last² nak putus asa. Aku gagahkan jugak menahan sakit tu. Nampak doktor masuk, aku bgtahu doktor aku dah tak tahan. Boleh tak nak teran? Bayangkan, taik nak keluar tapi doktor suruh tahan. Macam nak pecah punggong dan seangkatan dengannya. Sebelum tu aku baca blog orang cakap sakit macam nak putus pinggang, aku fikir macam mna. Nah ! Sekarang aku rasa sendiri.  Lima minit lepas tu, aku cakap tak tahan dah . Nak terannnn.. Doktor cakap kalau saya tak bagi awak teran, awak teran jugk. Doktor cakap ok teran. Pergh tadi aku yang tergedik nak teran, bila doktor bagi aku macam terkejut pulak. HAHA .

Tanpa berlengah lagi, aku pon PUSHHHHH. Push kali pertama tak berjaya. PUSHHHH.. kali ni terkeluar suara sikit. Bidan tu dah bising cakap tak nak dengar suara. PUSHHHHHH kali ketiga tanpa suara dan tahan nafas panjang. Husband cakap " sayang kepala baby dah nampak" . Bertambah semangat aku nak meneran. PUSHHHHHHHHHHHHHHH .... Alhamdulillah 2.18 Am aku selamat lahirkan seorang puteri yang comel. Bidan pon puji aku cakap pandai meneran.

Alhamdulillah, masa nak meneran tu aku tak rasa sakit. Cuma kena teran dan tarik nafas dalam² . Jangan teran tarik nafas sebab nanti baby pon acah² keluar masuk balik.

Bidan letakkan baby dekat dada aku. Ya Allah hilang segala rasa sakit semua bila tengok baby. Betullah, kasih sayang ibu sangat dasyat. Walaupon sakit sangat tapi mampu senyum dan lupakan segala kesakitan dalam sekelip mata. Husband azan dan iqamat.

JAHIT MENJAHIT
★★ Part yang ini aku rasa lega sangat sebab sikit pon aku tak rasa sakit masa bidan tu jahit. Siap boleh sembang rancak lagi dengan bidan. Lepas selesai semua, aku terus tertidur atas katil dalam bilik labour room sementara nurse settlekan baby aku.

Apa² pon aku bersyukur Allah permudahkam urusan aku dan panjamgkan umur aku.

Puteri aku
NUR AWLIYA KHAYLA BINTI AHMAD TASYRIF

Hari 1st dah celik anak ibu ni. Tazabar nak tengok dunia ke sayang :) 


Khayla 2 month. ↓↓ ALHAMDULILLAH 


 
 
Hospital : Ampang
 
** Bagi aku service hospital ampang tip top. Sangat-sangat suggest sesiapa yang nak bersalin pergilah sini.
 
 






Sunday 22 November 2015

IBU MENGANDUNG SAHAJA YANG TAHU

Assalamualaikum . Mengandung merupakan satu anugerah yang sangat ternilai . Tidak semua orang yang dapat merasaai detik2 indah dah duka semasa mengandung. Walaupon ada dukanya tetapi percayalah ia sangat membahagiakan ♡

Yayy mak buyong nak pergi checkup. Dah nak masuk 39 dah. Baby syok duduk dalam perut ibu ye. Dapat makan makanan best2.

Simptom ibu mengandung apabila perut dah besar. Hihihi



1.  Tak boleh nak membongkok . Kadang-kadang kaki pon tak nampak dek perut yang besar ♡ . Paling susah bila nak kepit kuku kaki. Ya Allah dah habis kangkang pon still tak sampai. Nak mintak husband tolong kepitkan, uih jangan la .aku jenis yang takut nak harapkan orang kepit. Solat pon dah duduk sekarang ni. Lepas je husband dah habis baca doa, aku mintak dia bagi kain telukung sebab tak boleh dah nak capai. Senang cerita, bab² nak kena tunduk ni aku surrender awal².


2. Kaki dan tangan menbengkak. Sejak masuk bulan ke 6 memang dah tak boleh pakai cincin nikah ,tunang dan seadanya. Nampak macam tak gemok pon jari aku, tapi bila sarung cincin MasyaAllah punya ketat. Kalau pakai ni mau kena kerat jari nak keluarkan. Kaki jangan cerita la. Rata² ibu mengandung mesti akan alami masalah ni. Kasut pon dah kena beli baru. Yang pasti size kasut haruslah yang kembang.. Hehe . Sejak masuk 9 bulan aku dah tak duduk umah aku dah sebab nak kena panjat tangga 5 tingkat . Memang gemok habis kaki aku. Sekarang, duduk rumah mak mentua, rumah bawah. Lega den rasa. Walaupun naik turun tangga tu bagus untuk proses bersalin, tapi aku rasa dah tak sanggup nak mendaki lagi. Tolonggg... 


3. Tandas ! Tempat yang paling kerap dikunjungi. Kalau boleh nak berkampung dekat situ terus. Masuk trimester ke tiga , memang kerap nak terkencing . Maklumlah kepala baby dah menekan² pundi kencing kita. Kadang rasa macam tak sempat nak sampai ke tandas. Tapi nak berlari beriya² macam dalam gambar tu tak mampu.


4. Emosi terganggu. Bila aku mengandung barubaku faham emosi orang mengandung yang tak menentu. Sekejap happy sekejap sedih. Macam² perasaan yang boleh ada dalam satu masa yang singkat. Macam aku, kalau tengah sembang dengan husband seronok² , tiba² ja aku boleh rasa sedih dan menangis. Aku sendiri pon tak tau kenapa jadi macam tu. Dannn ! Benda yang aku nak tapi tak dapat boleh buat aku menangis teruk. Padahal kitkat ja pon.. Huhu 


5. Tidur posisi macam² pon tetap tak boleh lelap. Bila perut makin besar ni, mengiring ke kanan, mengiring ke kiri atau terlentang tetap tak selesa. Jelesnya tengok husband nyenyak tidur dekat sebelah. Pukul 4 pagi macam tu baru la tertidur. Itu pon sebab dah mengantok sangat rasanya. So, terlajak la tidur selepas subuh tu. 


6. Perut tiba² keras dan tegang. Aduh apa anak ibu buat dekat dalam ni. Senak ibu dibuatnya. Huhu . Bila baby mengeras , kita akan rasa sedikit sesak nafas. Bila jadi macam ini aku akan urut perut lembut² dan sembang dengan baby. Kadang makin mengeras perut aku sampai senget sebelah. Aku sendiri pon gerun tengok. Kekadang baby lembut balik. Fuh lega rasa. Tapi, walaupon tegang ibu tetap happy sayang ♡✩★

Enjoy the moment .. Good luck semua.