Wednesday 11 November 2015

THROWBACK HONEYMOON DI CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum Dunia ! Bangunlah semua. Mood happy bila nak cerita pasal honeymoon. Terkenang2 masa lalu , berjalan berdua bersama yang tercinta. Wahhh rindunya nak honeymoon lagi.

Al-kisah dalam pukul 2 petang macam tu dekat office, husband whatapp aku bagitahu yang dia dah booking hotel untuk 3 hari 2 malam. Tak ada angin tak ada ribut , tiba2 ja booking hotel. Confuse lah aku. Kitorang tak ada bincang apa2 langsung pon.. Bayangkan ! Tapi sebenarnya kitorang memang tengah berperang, biasalah hidup suami isteri mestilah ada masam dan manisnya. Kalau manis je nampak bona nipunye. So, husband whatapp dia cakap " kita kena pergi bercuti, tenangkan fikiran, bincang baik2" Husband pon dah apply cuti. Wah pantas .. Bukan seminggu tau booking tapi esoknya dah nak checkin. Huhu balik keja apa lagi packing dengan muka masam tapi dalam hati yayyyy dapat pergi cameron.. Eksyen depan husband..

1st day
Sesudah subuh dah siap comel2 nak bertolak pergi Cameron Highland. Sampai sahaja dekat cameron terus aku jadi peramah dan lupa segala sengketa. Hihi husband lega tengok aku happy. Weeee...

CHECK IN HOTEL
Hotel yang dibooking adalah Ria Cameron Hotel. Masa husband booking aku tak nak hotel ni sebab tengok tak menarik langsung. Aku minta booking hotel lain. Kejamnya aku , punya buat perangai bebal. Kesian dia tau kena tahan dengan aku. Tapi dia berkeras jugak nak hotel tu sebabnya review ok. Aku pon redho dan pasrah je. :,( Sampai ja dekat hotel, kitorang bayar bil dan masuk bilik. Wahhh kagummm aku. Tak seburuk gambar rupanya. Bilik cantik, kemas, tandas puas hati. Alhamdulillah.

Nak dijadikan cerita, bilik terlampau selesa dan sejuk semulajadi udara luar terus pengsan dua2 orang. Sedar sedar dah nk pukul 4 dah. Aku rasa tersedar tu pon sebab kelaparan sangat. Hehe ! Ok dont waste our time. Solat jamak qasar , siap2 dah terus cari makanan.

STEAMBOAT

Tak sabar aih tunggu udang, sotong dan segala masak dalam kuah tomyam tu. Kitorang ambil mee dan kuew teow. Nampak tak air lior dan meleleh. Husband snap pon dah tak perasan.

Husband cakap aku makan macam seminggu tak jumpa makanan. Punya la selera. Weh, lapar kot. 

RONDA RONDA CAMERON
Hari pon dah nak malam, kitorang decide nak ronda2 je hari ni. Sampai dekat Brinchang, ada satu shopping mall baru. Saja la try2 masuk tapi masih kosong, banyak kedai belum operasi. Tapi naik dekat tingkat 1 ada lantai, bumbung yang berkaca. Menarik. Kitorang pergi lepak2 kejap. 

Muka mesti teruja ok. 

2nd day
Hari ni kitorang dah bertekad tak akan buang masa macam semalam. Pukul 7 pagi kitorang dah dalam kereta nak jalankan misi.

BHARAT TEA PLANTATION
Tempat best sebab boleh tengok ladang teh dan boleh turun ke sana. 







TEA BOH SG PALAS

Tea boh Sg Palas lagi besar dari Bharat plantation punya. Teruja sangat2 aku tengok kehijauan tea boh. Jalan nak ke Sg Palas ni pon memang mencabar. Kalau dekat corner kena hon siap2 sebab memang tak nampak kereta yang datang arah bertentangan. Sepanjang perjalanan ni aku zikir dan berdoa je jangan la jatuh. Walaupon aku yakin husband bawak kereta dengan cermatnya. 

Asalnya nak pergi  Mossy Forest tapi tetap kena melalui Sg Palas jugak. Sampai2 tengok diorang tutup jalan. So, balik la pergi tempat lain. 

KEBUN BUNGA, TAMAN LEBAH
Kejutan dalam diri aku ! Suamiku fanatik dengan bunga. Baru aku tau. Haha . Hasil tangkapan dia. Bukan main lagi tau. 










Ikutkan banyak lagi tapi aku dah meronta nak balik. Hihi.. 

SEKITAR PERJALANAN PULANG KE HOTEL 



 PASAR MALAM BRINCHANG
Malam pon sudah tiba, kitorang beli makanan dekat pasar malam Brinchang ja. Dari hotel jalan kaki pon boleh. Kemudahan memang banyak area2 hotel tu. So, senang kalau nak apa2. 

3rd day 
Bangun pagi seawal boleh , pakai baju biasa ja sebab nak breakfast dulu. Dekat bawah hotel ada gerai melayu buat roti canai. Memang terbaik kedai roti canai tu. Dengan keadaan cuaca yang sejuk, aku dan husband menambah2 plak order roti canai. Selera lain macam kalau sejuk2 ni. 

Selesai sarapan pagi, balik hotel kenas2 barang dan pergi kaunter mintak iron. Tapi malangnya iron hanya ada satu dan orang yang oinjam tak pulang2 kan. Haish mula la aku nak sumpah seranah . 

Husband sampai terlena tunggu iron punya lama. 

Last2 aku decide hentam je lah. Pakai apa yang ada dan tak perlu di iron. 

LADANG STRAWBERI




 AIR TERJUN LATA ISKANDAR
 Lata iskandar ondaway jalan nak balik ke KL. Hari last tak banyak berjalan sebab nak sampai rumah mak mentua awal. Kalau sampai malam nanti tak sedap pulak kan. 

Air dekat Lata iskandar punyalah sejuk. Kitorang turun ambil gambar dan celup2 kaki je. Hehe 




THE END OF THE STORY :) 




No comments: