Sunday 22 November 2015

IBU MENGANDUNG SAHAJA YANG TAHU

Assalamualaikum . Mengandung merupakan satu anugerah yang sangat ternilai . Tidak semua orang yang dapat merasaai detik2 indah dah duka semasa mengandung. Walaupon ada dukanya tetapi percayalah ia sangat membahagiakan ♡

Yayy mak buyong nak pergi checkup. Dah nak masuk 39 dah. Baby syok duduk dalam perut ibu ye. Dapat makan makanan best2.

Simptom ibu mengandung apabila perut dah besar. Hihihi



1.  Tak boleh nak membongkok . Kadang-kadang kaki pon tak nampak dek perut yang besar ♡ . Paling susah bila nak kepit kuku kaki. Ya Allah dah habis kangkang pon still tak sampai. Nak mintak husband tolong kepitkan, uih jangan la .aku jenis yang takut nak harapkan orang kepit. Solat pon dah duduk sekarang ni. Lepas je husband dah habis baca doa, aku mintak dia bagi kain telukung sebab tak boleh dah nak capai. Senang cerita, bab² nak kena tunduk ni aku surrender awal².


2. Kaki dan tangan menbengkak. Sejak masuk bulan ke 6 memang dah tak boleh pakai cincin nikah ,tunang dan seadanya. Nampak macam tak gemok pon jari aku, tapi bila sarung cincin MasyaAllah punya ketat. Kalau pakai ni mau kena kerat jari nak keluarkan. Kaki jangan cerita la. Rata² ibu mengandung mesti akan alami masalah ni. Kasut pon dah kena beli baru. Yang pasti size kasut haruslah yang kembang.. Hehe . Sejak masuk 9 bulan aku dah tak duduk umah aku dah sebab nak kena panjat tangga 5 tingkat . Memang gemok habis kaki aku. Sekarang, duduk rumah mak mentua, rumah bawah. Lega den rasa. Walaupun naik turun tangga tu bagus untuk proses bersalin, tapi aku rasa dah tak sanggup nak mendaki lagi. Tolonggg... 


3. Tandas ! Tempat yang paling kerap dikunjungi. Kalau boleh nak berkampung dekat situ terus. Masuk trimester ke tiga , memang kerap nak terkencing . Maklumlah kepala baby dah menekan² pundi kencing kita. Kadang rasa macam tak sempat nak sampai ke tandas. Tapi nak berlari beriya² macam dalam gambar tu tak mampu.


4. Emosi terganggu. Bila aku mengandung barubaku faham emosi orang mengandung yang tak menentu. Sekejap happy sekejap sedih. Macam² perasaan yang boleh ada dalam satu masa yang singkat. Macam aku, kalau tengah sembang dengan husband seronok² , tiba² ja aku boleh rasa sedih dan menangis. Aku sendiri pon tak tau kenapa jadi macam tu. Dannn ! Benda yang aku nak tapi tak dapat boleh buat aku menangis teruk. Padahal kitkat ja pon.. Huhu 


5. Tidur posisi macam² pon tetap tak boleh lelap. Bila perut makin besar ni, mengiring ke kanan, mengiring ke kiri atau terlentang tetap tak selesa. Jelesnya tengok husband nyenyak tidur dekat sebelah. Pukul 4 pagi macam tu baru la tertidur. Itu pon sebab dah mengantok sangat rasanya. So, terlajak la tidur selepas subuh tu. 


6. Perut tiba² keras dan tegang. Aduh apa anak ibu buat dekat dalam ni. Senak ibu dibuatnya. Huhu . Bila baby mengeras , kita akan rasa sedikit sesak nafas. Bila jadi macam ini aku akan urut perut lembut² dan sembang dengan baby. Kadang makin mengeras perut aku sampai senget sebelah. Aku sendiri pon gerun tengok. Kekadang baby lembut balik. Fuh lega rasa. Tapi, walaupon tegang ibu tetap happy sayang ♡✩★

Enjoy the moment .. Good luck semua. 







No comments: