Thursday 5 November 2015

BUKA BUKU MERAH DI HOSPITAL KERAJAAN

Assalamualaikum.
Aku nak share sikit pengalaman aku bukak buku merah (buku ibu mengandung) dekat Hospital Kerajaan. Memandangkan aku dan suami bekerja di Putrajaya, aku pilih Klinik Kesihatan Putrajaya P9. Jadi apa2 nanti senang aku nak pergi checkup. Tapi ingat !! Alamat mestilah Putrajaya dan area P9. Kenapa ??? Sebabnya Putrajaya banyak klinik kesihatan. Kalau tak kena terma dan syarat boleh kena tendang tau. Kalau duduk Puchong jangan la lurus bendul pergi tulis alamat puchong dekat buku. Tak pasal2 nanti nurse bising dan tanya kenapa tak pergi Klinik Desa je..  Aku guna alamat officemate yang duduk dekat area flat hijau ..
inilah gupanya. maaf la bersakin. heheh malas dah nak edit :P

Step-step buka buku :

1. Haruslah datang seawal pagi. Anggaran 8 pagi. Sebabnya aku pergi dalam pukul 10 lebih dan nurse suruh datang hari lain pukul 8 pagi.  Sob sob

2. Pergi kaunter pertanyaan cakap nak bukak buku. Nurse akan tanya bila last 1st day period. Nurse akan kira berapa minggu dah kandungan kita. Aku bukak buku masa kandungan 14 minggu.

3. Isi muka depan buku merah. Isi je apa nurse suruh. Kalau datang dengan suami, suami perlu tandatangan sebagai saksi. Tapi sorang2 pon boleh jangan sedih, nurse akan wakilkan . Ngee

4. Sesetengah klinik minta ic kita dan suami serta surat nikah. Macam Putrajaya simple tak minta apa2 pon. Hihi. Apa2 pon prepare lah kot2 tiba2 diorang mintak pulak. Salinan tau !!

OK. SETTLE !

Sedikit maklumat tambahan .. Hari yang sama bukak buku terus ada oppointment checkup. Mula2 check air kencing , ambil darah untuk check Hb. Selepas tu check gigi pulak. Ketaq mak oii takut kena cabut. Rupanya2 diorang check je pon. Selepas tu masuk bilik 11 untuk jumpa dengan nurse. Last sekali masuk bilik 9 atau 10 untuk berjumpa dengan doktor. Scan perut tengok baby. Weee syok sangat sampai nangis aku. Last but not least, ambil ubat dekat bahagian farmasi. Obimin dengan iron sahaja.  Checkup akan dijalankan sebulan sekali sehinggalah kandungan masuk 36 minggu. Selepas 36 minggu oppointment seminggu sekali. Hari ni aku dah 36 minggu 2 hari. Menghitung hari detik demi detik. Wahh tak sangka aku berjaya sampai tahap ini. Ya lah dulu punya teruk alah sampaikan kena tahan wad. Hu hu hu..

** masuk kandungan ke 7 bulan , ibu2 ada kerja tambahan. Setiap hari kena tanda carta pergerakan anak didalam perut bermula 9 am sehingga 9 pm. Dont miss tau ! Tak pasal kena marah dengan nurse. Dan automatik memang kita tak kan miss sebab bila tak rasa baby gerak, comfirm cemas tahap gaban. Penting sangat gerakan baby ye.
gigih iolss tanda . Hehe

Itu sahaja aku nak kongsi.. Kalau ada sebarang kemushkilan atau nak tanya apa2 tanya ja ye. Hamba sedia membantu ;)

Tapi aku tak nak pon bersalin dekat Hospital Putrajaya. Hehehe .. Bukan sebab Hospital Putrajaya tak bagus ke apa tapi aku nak anak Selangor. Weee demand kau! Tapi kalau tengah kerja baby tak sabar nak keluar , Putrajaya jugak la nampaknya.. Tak kan nak hadap jem ke Hospital Ampang kan. Sudahlah kawasan Ampang tu jem teruk gila.

Akuuuu nak kurusssssssss.. Hye u buat apa atas sana ! Sepanjang 36 minggu bersamaan 9 bulan ni aku dengan jayanya dapat naikkan berat sebanyak 16.7kg. Dasyat !! 


Doakan aku dan baby selamat ya.. ;)


No comments: