Thursday 1 October 2015

3D DAN 4D DI PUCHONG






Assalamualaikum ibu-ibu mengandung. Entri kali ini khas aku buat untuk ibu yang tengah excited mencari klinik yang sempoi untuk buat 3d ataupon 4d. Semestinya kita nak cari klinik yang murah tetapi puas hati dengan layanan sonographer.

Alhamdulillah sekarang aku dah masuk 31 minggu iaitu awal bulan ke 8. Thats means tak lama dah nak tunggu baby keluar dari perut ni. Whoooo O_O teruja plus takut sangat-sangat. Doakan aku dapat menghadapi detik2 indah dengan jaya dan saksama !

Ok ! Back to the main point  . Ramai orang suggest buat 4d dekat KLINIK SOFEA. Kebetulan pulak rumah aku area Puchong dan memang dekat sangat lah Klinik Sofea dengan rumah. 17hb Sept 2015 aku semangat tunggu suami aku balik keja dan terus nak buat 4d. Bila dah sampai aku masuk dekat klinik dan cakap nak buat 4d. Receptionist tu pergi masuk bilik doktor dan bagitaw hari tu x dapat buat sebab dah lambat dan perlukan masa yang lama. HAMPA DAN KECEWA !!! Dia pesan datang esok sebelum pukul 8 malam. SO kalau nak pergi sebelum pukul 8 malam taw kalau tak sia-sia ja balik tu nangis lah korang .

Keesokan harinya pukul 6 petang aku dah terpacak dekat klinik. Punya lah memberi pengajaran sampai aku bertekad nak pergi awal. Masuk bilik doktor dan baring seperti biasa. Mula2 doktor akan buat scan 2d dulu check air ketuban ok ke tak. Check saiz baby. Aku dengan suami dah tak sabar dah nak tengok 4d ni. Hehhe Lepas settle check semua tu doktor pon scan 4d. Benda pertama yang aku nampak adalah bila doktot cari muka baby dan baby tersenyum lebar je. Ya Allah rasa nak nangids tengok. Maklumlah ni anak pertama aku so, terharu tu haruslah lebih. Tengok pipi dia gebu ja montel. Tembam anak ibu ni ye. Semangat macam ayah  :p Lepas dah tengok muka baby doktor naik sikit cari perut , kaki dan tangan. Tujuan 1st aku dan suami nak buat 4d sebab nak taw jantina baby ni . Mula2 baby dok kepit je dia punya. Malu kot orang nak tengok . Eyleh buat ibu dengan ayah nervous je taw.. Pastu doktor pujuk2 baby cakap baby , baby gerak sikit.. Alhamdulillah tak lama lepas tu baby tunjuk . Happy sangat2 dah dapat taw jantina baby dan semangat nak membeli baju tu serta merta datang. Haha kemain excited lagi aku ni.

Last2 aku dengan suami minta nak tengok muka baby lagi. Tak puas rasanya walaupon taw yang nanti doktor akan bagi gambar dan cd. Sebwlum berangkat keluar tengok baby dah tutup mata dia dengan tangan dah. Dah malas layan dah la tu. Lama2 buat perangai eh.

Oke. Disini aku sertakan waktu operasi Klinik Sofea untuk rujukan ibu2 sekali :)


Lupa pulak nak cakap Klinik ni yang best tak payah nak kena buat opoinment. Walk in terus je. harganya pulak adalah RM 80 sahaja. Murah dan berbaloi bukan ? :) Aku siap bagi pendrive dekat doctor untuk masukkan gambar dalam tu. So, boleh je cucuk dekat tv , malam-malam tengok dengan suami. BESTNYA !!!
 
ok lah. Aku rasa setakat ini sahaja. Daaaa





No comments: