Tuesday 20 October 2015

JANGAN DEKAT DENGAN ORANG NI !

Assalamualaikum semua.. Bepp bepp mak jemah tumpang lalu :) Hari ni nak bagi amaran sikit tolonglahhh jangan try, jangan dekat dan jangan coba2 dengan orang yang macam ni .. Bukan marah ke apa cuma nak sampaikan apa yang terbuku dalam hati ni. Tapi terpulanglah kalau nak try jugak kan.. Terpulanglah mahu jadi apa, mahu jadi hantu mahu jadi buaya. Ada aku kesah ! Nanti2 korang jugak merana kalau tak dengar cakap aku. Hehehe

Entry kali ni aku nak kongsikan pasal lelaki dan perempuan yang tak patut, tak wajar korang nak try tackle or dekati. Tapi kalau sekadar hendak berkawan tanpa berniat nak couple ke apa boleh la.

1. Dah berpunya
 Perasan tak, perempuan kalau dah berpunya dia akan setia dengan pasangannya. So, korang laki laki di luar sana tak payah la try perempuan ni. Tak perlu nak kacau kebahagiaan orang. Tapi lain pulak bagi lelaki yang dah berpunya ni. Susah nak cakap pasal laki ni sebab aku perempuan. Tapi dari pemerhatian aku, laki still akan layan perempuan yang mengatal , menggedik dengan dia . Apa boleh buat. Aku pon tak faham kenapa perlu layan perempuan yg "what so ever tu " Tapi lagi aku pelik, perempuan sekarang memang banyak suka hak orang kan. Lelaki orang susah dapat. Barang susah dapat ni selalu bernilai. Haktuihhh lah.. Kalau aku dapat perempuan macam ni aku tumbuk2 buat belacan.

2. Baru lepas putus
Kalau baru lepas putus cinta ni memang masalah besar baik laki mahupon perempuan, diorang memang akan layan tip top dekat orang yang ambil berat pasal diorang. Terbaik la. Faham2 la kan time tu emosi pon tak stabil dan kesunyian kata ko!  Mana tak nya . Sebelum ni 24 jam pegang fon layan whatapp , ada orang ambil berat, tiba2 dah tak ada pulak semua tu. Kan dah jadi kejutan budaya tu. Aku pernah rasa benda ni so aku tau lah perasaan orang baru lepas clash ni.  Tapi honestly, orang yang macam ni sebenarnya dia perlukan perhatian sementara sahaja. Nak nak korang dah tangkap cintun dengan dia, dia dah baik pulak dengan ex dia. Tak ke korang pulak yang tak betul.

3. Like chipsmore
Chipsmore memang lah sedap. Tapi kalau dah selalu sangat tak larat jugak nak hadap tu. Muak rasanya. Maksud aku seseorang tu kejap ada kejap tak ada. Hari ni bukan main dia whatapp kita , layan baik. Esok hilang entah kemana . Kita whatapp dia tak balas tapi ada ja double tick. Herh. Esok esok bila tanya cakap busy , tak sempat nak balas. What the? Korang percaya? Alasan semata2. Sebenarnya time perlu ja dia whatapp kita, time sunyi ja. Tapi bila ada orang lain or orang yang dia tunggu2 whatapp , setakat korang apa lah sangat. Makhluk chipsmore ni selalunya dia dah ada orang lain yang dia suka. Korang ni cuma selingan ja. Sedarlah !

4. Suka semua orang

Sinonim kalau lelaki layan semua perempuan. Tapi bila perempuan layan semua laki, harap korang faham la. Perempuan jenis ni dengan semua orang dia baik, dia layan, dia manja, dia sweet. Contoh bila korang komen dekat gambar dia " comelnyeee bunga dekat belakang awak tu" dan dia balas " alaaa jahatla awak ni" buat2 manja. Korang ingat dia manja dengan korang ja, seronok kan. Tapi sampai 1 hari korang dah suka , in love dengan dia sebab dia layan korang best sangat istimewa macam korang ni bf dia, mesti korang rasa korang speacial dan bila dah rasa macam tu ofcourse korang akan stalk fb dia tak kira la wall dia , gambar dia . Time tu baru lah korang sedar yang dengan laki lain pon dia layan macam tu. HAMPEH ! Perempuan jenis ni korang kena berhati-hati. Sebab memang jenis suka melayan. Agaknya .




No comments: