Friday 2 October 2015

SEINCI DEMI SEINCI




I grew up , see people around and make me feel that SEXY IS BEUTIFUL ! SEXY IS AWESOME !

ONCE UPON A TIME ...

Pakai tudung tapi sengaja pendekkan supaya nampak dada, baju biar ketat baru nampak bentuk badan, tak cukup dengan ketat ..  aku pastikan singkat biar jeles terserlah aset yang ada. Makin banyak yang dapat aku tunjuk makin HOT aku rasa.

Aku nak jejaka diluar sana pandang aku. Aku nak lelaki idamkan aku. I want to be popular. I want to be seen. "Beatiful" people are popular.

Aku tak jahil kerana mak dan abah sudah cukup memberi dan mendidik aku tentang ilmu agama. Tapi, aku bodoh dengan dunia yang penuh kepalsuan. Risau kalau2 muka pucat , baju besar tutup itu ini, tiada jejaka yang meminati aku.

SEKARANG AKU SEDAR....

Pakai seksi abang sayang , baju singkat orang pandang ! Tak semestinya .

Honestly , that is what I thought ONCE UPON A TIME.. Slowly I start to change it all. INSYA ALLAH masih dalam proses mengubah diri ke arah lebih baik. Pernah satu tahap aku tenggelam dalam dunia yang kotor dan hati tak tenang sebenarnya. Tapi, hanya dengan angan aku yang bodoh nak didampingi aku sanggup abaikan abah yang dalam sedar aku tahu menanggung dosa aku selama ini yang tidak menutup aurat.Aku sayang abah tapi ...  Kalau lah masa dapat berpatah balik.

I feel secure ! Yang berbalut itu semestinya cantik. Menjaga mahkota didalamnya supaya tidak rosak. Pasti Allah dan suami sahaja layak tahu kecantikan aku.  Syukur alhamdulillah aku dikurniakan seorang suami yang sentiasa menegur tentang aurat aku, tentang kealpaan aku dan lain2.

Buat kerana ALLAH, bukan mudah tapi nikmat bila berjaya. Yang boleh dilihat orang hanya lah muka dan kedua tapak tangan. Tak jarang, tak ketat  yang mampu menarik perhatian ajnabi

Aku harap anak aku tak "copy paste" perangai aku yang dulu. ONCE UPON A TIME...

** Belajarlah pakai baju yang longgar,lagi selesa. Bila diri dah terbiasa dengan baju yang besar,nanti memang kita akan rasa segan nak pakai ketat2. Trust me :)

Aku masih belum sempurna. Masih membaiki diri. Terima kasih Allah masih memberi peluang untuk mengubah kehidupan aku.

Terima kasih kerana menjaga saya dengan sabar
Sentiasa berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik. Pray for me. LOVE. 

Terima kasih abah sebab sabar dengan anakmu ini. Maaf atas segala kebodohan ku selama ini. Love u always , always, always. :'(

Sumber ilham dari seseorang. :D Assalamualaikum 





No comments: