Monday, 14 July 2014

MAANFAAT BELA KUCING

Assalamualaikum .. Hai Hai Hai..
Tajuk nie aku rasa best sangat sebab aku memang fanatik kucing .. MEOWWW MEOWWW...
Sesapa ada bela kucing x? Angkat tiak (hehe gurau ) Aku yakin kebanyaknn orang memang gila sangat dekat kucing sama ada suka gila or geli gila.. Even kawan aku sendiri pon lebih banyak yang geli dengan kucing . Geli tu bukan kotor . Its mean geli macam geletek2 acah2 tu haaa..Geli dengan bulu kucing yang gebu gebas kalah Nora Danish . Oh bukan nak cerita pasal Nora Danis yang memang Kiut macam Song Ji Hyo. Mata aku nampak depa nie cam adik beradik seantero. Meh nak tempek sat muka adik beradik ni :D

semua terpegun kan dengan statment aku !

oke ! berbalik kepada tajuk utama aku . MANFAAT BELA KUCING .


  • Kucing bersifat manja kena lah dengan selera aku. Tapi kalau manja sangat lemas jugk 24 jam nak je aku belai dia. Tampo gak kang... Ia merupakan peneman setia taw. BIla sedih kita boleh ja nak luahkan perasaan dekat dia ( dia dengar ja sambil lentok pejam mata). Tapi kita tak sakit hati sebab dah taw memang kucing ni kerap tidoq. Tapi dah berbelas tahun aku bela kucing , tak pernah lagi aku dihampakan . 
  • Paling best fakta tentang kucing adalah mereka-mereka ni sangat menghiburkan.Kucing suka membuat perkara-perkara yang comel dan lucu seperti masuk dalam kotak,mencelah dalam almari, bermain dengan tisu, melompat sana-sini, tidur atas laptop, menggigit jari kita dan sebagainya. Haih gomol habis aku . Berejam-rejam aku belek kucing-kucing aku pon tak pernahnya jemu.
  • Seekor haiwan yang sangat setia dengan tuannya. Kenapa aku cakap macam nie ? Sebab bila aku nak naik tidoq kompem lah si comel-comel nie yang sampai dulu and tunggu masa ja aku bukakn pintu. Cerita sahur plak bila aku buka ja lampu , berapa sense ntah diorang ada terus lari naik atas. Buka pintu bilik dukung bawak p sahur sama-sama.  Happy kan ? :D
Nak tengok kucing-kucing aku ?
Jom layan gambar

(PAK TAM)
memandangkan dia antan dan sangat gagas plus muka bengis terpikir la letak nama Pak Tam. Tapi sangkaan meleset sebab dia nie aduhai punya la manja nak orang belai sampai sondoii orang kalau tak mau belai dia. Dalam erti kata lain memaksa. Huhu!


 (MICKEY)
mickey kuat jeles! Masa mula-mula amik mickey suara alahaii punya kuat tak boleh tidur. Tapi dia baik buka pintu pon x penah nak lari keluar. 

(OLI)
guest what ?? Oli baru ja lahirkan baby-baby yag cute (5 ekor ok) baka baik-baik. Tuggu anak-anak oli besar baru seronok tangkap gambar and update dekat blog ;)


(BUBU)
kucing nie baru ja adopt dari kawan akak aku. Orang kg kan biar ja kucing bunting pastu beranak banyak-banyak and malas ja. So akak aku pon amik la. Sekarang baru dua bulan tapi aktif nak mati ! Comellll sangat . Suka la terperosok dekat beg tu pastu buat taik mata ja keja dia. Ahaa 



  • Ikhlas dari hati : Bila aku keluar atau balik kg lebih dari sehari mesti akan terigat dekat mereka-mereka nie. Sesapa yang bela kucing mesti faham perasaan aku ;) Niat dihati nak beli kucing hidung penyet plak. Gigih kumpul duit.. 


Itu sahaj entri kali nie.. Meoww oh Meoww! 











Post a Comment