Thursday 1 October 2015

Kenduri perkahwinan yang simple dan jimat

Assalamualaikum tahun 2015 . Lama sangat-sangat aku tak update blog ni. Rindu rasanya nak buat blog balik. Dah lebih setahun blog ni dibiarkan kosong. Sob sob sob. Pemalas betul tuan blog ni. Ngeh ngeh ! Nak share sikit lah majlis perkahwinan sebelah suami yang diadakan pada bulan 2 tahun 2015. Kami nikah tahun 2014 , buat kenduri belah suami pulak awal tahun 2015. Lebih kurang nikah gantung la orang cakap. Alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya.

Dari awal persiapan kenduri aku dengan husband yang arrange sendiri sebab tak nak menyusahkan orang. Even kad jemputan pon aku buat dan design sendiri. Sebab zaman sekarang jemput guna facebook , whatapp dan application yang lain. So, bila fikir2 balik aku buat kad jemputan untuk orang yang request sahaja. Kan jimat gitu ? Haaa hidup mesti la bijak.. hehehe


Nah bagi gambar kenduri aku sikit. Simple2 je..


















Nak share sikit pakej2 makan, sanding dan semua
.
Photographer = Rose photographer

( taip je nama ni dekat fb comfirm keluar) sangat2 berpatutan harganya bagi orang yang nak simple je.

Aku ambik pakej Rm 1000 iaitu pakej bergambar outdoor berapa keping pon tak kisah. UNLIMITED ! 1 frame bersaiz sederhana. Copy gambar edit dan original . Last but not least album kaca. Sangat cantik, grand dan lawa. Lupa pulak aku nak capture gambar album aku.

Persalinan = Butik Zas

Pakej yang aku ambik adalah sepasang baju pengantin lelaki dan perempuan, kasut perempuan, bunga tangan dan payung. Hanya dengan harga Rm 600 kebawah. Paling best adalan owner butik ni aku panggil kak ina. Sangatlah senang nak deal dengan dia. Tak rasa kekok dan janggal

Makeup = Lina Kurnia

Harga makeup Rm 450 sebab jauh akak Lina cakap. Dia dari rawang dan aku dekat wangsamaju. Tapi still berbaloi sebab makeup dia natural, soft dan cantik. Aku request untuk yg natural dan tak berat sebab masa nikah aku dah fobio dapat mak andam yang makeup berat dan bagi aku tak kena cara makeup dia dengan aku.

Kak Lina kalau makeup mau 1 jam dia ambik. Tapi selesa sangat2 rasa macam nak tidur je. Bayangkanlah orang dok belai2 muka kita ni. Haishh syok sungguh ! Dan yang penting aku mintak untuk pakaikan aku tudung dan tutup bahagian dada , kak lina buat dengan kehendak hati aku. Sangat selesa.

Itu sahajalah yang aku nak kongsikan. Harap bermanfaat untuk awak2 yang tengah mencari Butik , mak andam yang best dan photographer murah tapi BERBALOI !




No comments: