Friday, 14 February 2014

Di Sebalik Muka Aku Yang Comel

Assalamualaikumm... 
Mesti dalam hati cakap " Perasannnya minah nihh puji diri sendiri" Despratetoo sangat nak dipuji ka? Betoii dak apa yang aku cakap?? ehhehe..  Semua orang comel kan... Ciptaan Allah semuanya molek-molek belaka.. Stop complaining ! LOOK at all the blessing you have.. Alhamdulillah..

Sebenarnya nak muhasabah sikit diri kita nie...Acecec malu plakk rasa... Maklumlahh diri nie pon bukannya betul sangatkan ada hati nak muhasabah orang... Ahh lantakk .. Ada aku kesahh ! HAHAHAH  Apa yang ada disebalik muka kita??? 

Hmmm (terus tukar mood felling gila) ... SEcara luaran orang akan nampak cantik comel hensemm ciut hidung macam pinoqioo mulut sexy cam angelina joliess  dan macam-macam lagi .. Tapiii apa yang orang tak amik berat adalah mak dan abah kita ada disebalik wajah kita

Allah tidak mencipta wajah aku persis mak dan abah semata-mata atas alasan saintifik. Aku percaya wajah aku dilukis sebegini supaya setiap kali aku memandang cermin aku nampak mak dan abah. Lalu kemana aku pergi dan manusia apa yang aku jadi aku membawa mereka bersama.

Oleh yang demikian , haruslah dan WAJIB !!!! kita sebagai anak jaga maruah diri. Ingat mak dan abah kita kalau kita nak buat benda tak elok.. Contoh macam nie .. " Anak sapa lah tu pakai baju masyaAllahh ketat nak mampoihh.. " Tediaa....  Tu bukan anak Pak Cik Tuttttt ka bagoih punya dok berkepit sakan dengan laki mana tu... ni kiah propaganzaa punya mulut... hek3 ..Tambah-tambah kalau duduk kampung.. Tok sah dok cerita lahh kan mata sentiasa pasang  kalah DSLR  oiii...   Kesian kat mak n abah kita ...  Kita yang perangai teruk alih-alih orang tua kita jugakk yang dipersalahkan..  INGAT ! Wahai anak-anak perempuan dosa kita ayah kita yang tanggung selagi kita belum bernikah dengan lelaki lain.. Berbaktilah selagi hidup.. 

* Bila kita dah tua muka kita iras mak dan abah..Pada masa tu mungkin mereka sudah tiada.  Allah taw kita rindu mereka dan perlu melihat untuk menghilangkan rindu pada mereka.. Bila tengok cermin mesti ingat mak dan abah.. InsyaAllahh kita akan jadi hamba Allah dan Anak yang baik.

Amik masa 1 minit untuk doakan MAk dan Abah kita ;)

Ya Allah , Haramkanlah wajah mak dan abahku dari disambar oleh api neraka.
Kurniakan mereka syurga tanpa hisab serta ampunilah segala dosa mereka .. Aminnn

Dear mom and dad : Thanks for always being there for me , love me , care for me.. No one can replace your love.. tskkk tskk




Post a Comment